Friday, 18 October 2019

                       


                     WELCOME TO OUR BLOG EVERYONE !!

  

Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman:

      لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". -AL-TIN (4)

Tuhan telah menciptakan kita dengan sebaik-baiknya dari segi fizikal dan rohani, oleh itu betapa pentingnya kita mengamalkan gaya hidup sihat sebagai tanda bersyukur dengan nikmat ini. Marilah bersama-sama kita memahami tentang amalan gaya hidup sihat.




 GAYA HIDUP SIHAT 
Imej yang berkaitan
https://www.google.com/url?sa=i&source=images&cd


Kami menyertakan statistik penyakit yang dihidapi masyarakat di Malaysia. Bayangkan penyakit-penyakit kronik ini semakin berleluasa di kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya penyakit ini, antaranya pemakanan yang tidak sihat.

Statistik ini amat membimbangkan setiap masyarakat kerana ianya mempengaruhi kehidupan harian mereka. Tambahan lagi, sekarang ini setiap rumah pasti ada pesakit terutamanya penyakit darah tinggi dan diabetis.




1.0 DEFINISI 

"Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif."  (WHO,  1946) 

Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas.



                        1.1 Penjagaan pemakanan yang seimbang
                                               
Hasil carian imej untuk piramid makanan
Slideshare (2018)  https://www.slideshare.net/shafaazli/piramid-makanan-2 
                         
                      
                                                         
                                   1.2 Bersenam
 
http://www.hyperactivz.com/beginner-exercises-people-want-lose-weight/
         


     
                          1.3 Menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang
negatif dan berisiko.
Hasil carian imej untuk no smoking sign
https://images.app.goo.gl/ZmcapZEDWNCMqV1i8 
                                                       
                                            
                                                
                        1.4 Mengawal tekanan dan stress.
              
Image result for tekanan perasaan gambar
https://www.google.com/search?q=tekanan+perasaan+gambar&tbm 
                                        




2.0 KONSEP



Untuk membina serta membentuk seseorang bagi mencapai kesihatan yang optimum dari segi jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit yang mempengaruhi kesihatan. Ianya juga merupakan satu amalan bagi mengurangkan risiko masalah kesihatan dan tekanan hidup serta meningkatkan mutu kehidupan harian bagi menjalani satu kehidupan yang seimbang untuk hidup dalam aman damai.

                                                                   

                                         3.0 KOMPONEN                                                                   

  
     

  
Dari segi mental adalah  satu kebolehan untuk mengawal tekanan kehidupan serta menangani masalah dengan bijak seperti berfikiran positif, dapat membincangkan masalah yang dihadapi dengan orang sekeliling dan sebagainya.

Bagi aspek sosial pula merujuk kepada kualiti dalam sesuatu perhubungan sama ada di antara ahli keluarga, rakan, guru dan lain-lain. segai contoh, beramah mesra, melakukan aktiviti bersama-sama bagi merapatkan sesuatu hubungan.

Seterusnya bagi emosi adalah dapat mempamerkan emosi yang stabil dan positif melalui cara yang betul dan bukannya konstruktif supaya sentiasa berfikiran positif. Selain itu, mampu mengawal emosi dalam setiap situasi agar tidak terlalu berlebihan dan sesuai supaya dapat melegakan beban fikiran yang ditanggung.

Untuk fizikal pula adalah merupakan individu tersebut melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah serta menghindari diri daripada perkara yang tidak bermanfaat seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol bagi mengelakkan diri terjebak dalam persekitaran yang dapat menjejaskan kesihatan.

Dari segi aspek persekitaran pula, individu tersebut perlu  memastikan persekitaran yang  sentiasa bersih dan damai untuk kesejahteraan bersama. Bukan itu sahaja, persekitaran yang bersih dapat memberi kesan yang bagus untuk pemikiran serta emosi seseorang dalam mencapai harian yang aman dan damai.

Yang terakhir adalah dari segi spiritual, individu hendaklah mendekatkan diri dengan tuhan menerusi sentiasa beribadah dan berzikir kepadaNya agar mencapai ketenangan jiwa. Di samping itu, nilai, moral dan etika juga perlu dititikberatkan supaya dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.





            4.0 CONTOH AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


                                 



                                    5.0  KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT

Gaya hidup sihat adalah amat penting bagi setiap golongan masyarakat. Ia adalah bagi memastikan tubuh badan kita sihat. Ia juga bagi mengelakkan kita daripada mendapat sebarang penyakit seperti diabetes atau masalah jantung. Amalan gaya hidup sihat merupakan salah satu amalan yang ringkas dan senang untuk di terapkan dalam diri masyarakat. Oleh hal yang demikian ia amat membantu kita untuk mengekalkan badan yang sihat. Selain itu, jika kita amalkan gaya hidup yang sihat dengan betul kita dapat mencegah dan melawan pelbagai jenis penyakit. 

Gaya hidup sihat mampu mencegah kita daripada melakukan gejala yang tidak sihat seperti vandalisme, gangsterisme dan sebagainya. Ia juga membantu kita mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala yang tidak sihat dan aktiviti yang tidak berfaedah. Tubuh badan yang sihat mampu meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Keyakinan diri mempunyai keupayaan untuk membuat pekerja melaksanakan dengan lebih berkesan pada pekerjaan mereka. Pekerja yakin mampu untuk mengambil tugas-tugas yang pelbagai rupa dengan tahap komitmen dan tumpuan yang lebih besar.

Gaya hidup sihat juga dapat memastikan tahap psikologi kita berada pada tahap yang sihat. Dengan ini ia dapat mengelak daripada kita mendapat tekanan dan kemurungan. Sebagai contoh, apabila bersenam ia akan melepaskan hormon endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah. Oleh itu, ia dapat membantu kita berfikir dengan waras dan tepat. Ia juga dapat memperbaiki perkembangan mental dan mengawal emosi dengan baik.                                                                                                                                                                                         



https://www.youtube.com/watch?v=xNBYP80Oy-k




                                                           6.0 KESIMPULAN



Gaya hidup yang sihat dapat mempengaruhi kehidupan ataupun tahap kesihatan seseorang individu .Gaya hidup yang sihat boleh dicapai oleh individu sekiranya mereka mengamalkan tabiat yang sihat seperti mengambil makanan yang seimbang mengikut piramid makanan ataupun melakukan senaman yang ringkas seperti berjoging, bermain badminton atau sebagainya. Sebagai masyarakat yang mementingkan kesihatan yang baik, kita hendaklah mempunyai kesedaran untuk melakukan perkara tersebut.




                   'Mencegah itu lebih baik daripada mengubati'





                                      Nama Ahli kumpulan

1.Rafidah Binti Ramainor                     Dnm/2070/17
2.Nur Zalikha Binti Izani                       Dnm/2059/17
3.Nur Atirah Binti Aziz                          Dnm/2053/17
4.Siti Nurmaisarah Binti Awang Din     Dnm/2088/17
5.Nurul Nabihah Binti Razak                Dnm/2065/17
6.Nur Aisyah Binti Muhd Satar             Dnm/2051/17
7.Siti Mariam Binti Aziz Khan               Dnm/2072/17

Translate

BTemplates.com

Powered by Blogger.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

                                                WELCOME TO OUR BLOG EVERYONE !!    Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman:...

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

BTemplates.com

Pink Electricity Lightning

About Me

My photo
Kami dari kumpulan 4 yang terdiri daripada 7 orang ahli telah menyediakan blog berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat.

Popular Posts

Blog Archive